semenjak akhir2 ny tiba2 ak suke cari fakta sains plak..kalau de owg ckp pape mesti ak search kat tenet dulu tgk benda tu btoi ke x,pastu baru boleh caye...hari 2 de member aku ckp "pas minggu MMP ari 2 perut aku buncit la sbb kena mandi pas makan,dah la jadual pek giler."aku pown terpikir gak pe kaitan mandi pas makan ngan perut buncit,bukan kita telan 2 baldi air pown mse mndi tu..s0,pas diselidiki kat tenet,ny la hasilnye yg nak di kongsi...
..7 larangan selepas makan...
1. Jangan merokok:
Kajian mendapati merokok sebatang rokok selepas makan adalah bersamaan dengan merokok 10 batang rokok. Ini sekaligus meningkatkan risiko menghidap kanser.
2. Jangan makan buah-buahan:
Memakan buah-buahan sebaik habis makan, akan menyebabkan perut anda dipenuhi udara (kembung). Oleh itu, makan buah hanya selepas 1-2 jam atau 1 jam sebelum makan.
3. Jangan minum teh:
Daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Ia dapat mengakibatkan protein dari makanan anda mengeras dan sukar untuk dihadam dan dicerna.
4. Jangan longgarkan tali pinggang anda:
Melonggarkan tali pinggang selepas makan hanya akan menyebabkan usus anda bermasalah seperti terbelit atau tersumbat.
5. Jangan mandi:
Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut anda. Ini adalah kerana darah akan lebih cenderung mengalir ke bahagian tangan, kaki dan kawasan tubuh yang lain. Ini akan melemahkan sistem pencernaan anda.
6. Jangan berjalan-jalan:
Berjalan-jalan selepas makan hanya akan menyebabkan kesukaran sistem pencernaan anda untuk menyerap nutrisi daripada makanan yang anda telah telan.
7. Jangan tidur:
Jangan tidur sebaik menghabiskan hidangan anda. Makanan yang anda ambil itu tidak dapat dicerna dengan baik. Ini boleh mendatangkan masalah seperti gastrik dan jangkitan kepada usus anda